Forloner Pets Solutions
  • Home
  • About us
  • Core Values
  • Our Products
  • FAQs
  • Contact us
  • Royal Canin
Forloner Pets Solutions

Privacy Policy (Bahasa Malaysia)
 

TANGERINE STAR SDN. BHD. 

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) in dikeluarkan oleh Tangerine Star Sdn Bhd (Company No.: 1352293-P) (“TSSB”) mempunyai alamat di D-16-02 Menara SUEZCAP 1, KL Gateway, No. 2, Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, 59200 Kuala Lumpur untuk para pelanggan dan bakal pelanggan.

 

TSSB menghormati privasi anda khusus kepada data peribadi dan informasi anda (“Data Peribadi”) yang diberikan kepada kami dan kami amat komited dalam melindungi privasi anda dan Notis ini mendedahkan bagaimana kami mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

 

Dengan menggunakan perkhidmatan TSSB atau dengan melayari laman web TSSB https://www.forpetssol.com/ (“Laman Web”), anda dengan ini bersetuju bagi pemprosesan Data Peribadi kamu oleh TSSB untuk membolehkan kita untuk memasuki urus niaga perdagangan dengan anda atau untuk menyampaikan yang diperlukan komunikasi, perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan TSSB ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang kamu perlukan daripada TSSB (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”).

 

 

1. Data Peribadi

 

Data Peribadi yang diberikan ataupun yang telah diberikan kepada TSSB termasuk, tanpa had, nama, alamat, alamat emel, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, kewarganegaraan dan  juga maklumat akaun bank dan kad kredit.

 

Selain daripada Data Peribadi yang diberikan kepada TSSB secara langsung (sama ada ketika menggunakan perkhidmatan kami ataupun semasa dalam berkomunikasi dengan TSSB), TSSB juga mungkin mengumpul Data Peribadi kamu daripada pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, secara langsung atau tidak langsung daripada wakil undang-undang, agen, dan/atau majikan apabila anda, wakil undang-undang, agen dan/atau majikan menghantar borang-borang pertanyaan, permohonan dan/atau pendaftaraan melalui pelbagai cara, termasuk dalam talian dan fizikal salinan keras di tempat-tempat awam atau dalam mana-mana premis kami, atau semasa melayari Laman Web kami, “cookies” juga akan turut diperolehi. Jika kamu tidak inginkan Data Peribadi kamu dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, sila konfigurasikan pelayar internet anda untuk memadamkan atau menyah aktifkan “cookies”.

 

 

2. Tujuan Memproses Data Peribadi

 

Dengan menggunakan perkhidmatan TSSB, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan TSSB menggunakan dan memproses Data Peribadi kamu yang diberikan kepada TSSB, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah:

 

  • untuk tujuan bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut;
  • penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
  • agar anda dapat memasuki perjanjian untuk membeli barangan daripada TSSB;
  • untuk membenarkan TSSB berkomunikasi dengan kamu;
  • untuk tujuan operasi, pengurusan dan pentadbiran dalaman TSSB termasuk tujuan penyemakan asal-usul dan konflik; 
  • untuk tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh TSSB;
  • pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung projek-projek, produk-produk dan servis-servis terkini TSSB; 
  • untuk memproses urusan bayaran anda;
  • untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan;
  • untuk TSSB mematuhi obligasinya di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan; dan
  • untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan; and
  • membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media social tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran terdahulu anda.

 

 TSSB juga mungkin akan menggunakan dan memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan lain seperti untuk menghantar kepada kamu kad-kad ucapan, suratberita, artikel-artikel dan rencana-rencana lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat kamu, jika ada, melalui mel dan/atau emel. 

 

Jika kamu tidak bersetuju bagi TSSB memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2.2 di atas, sila maklumkan kepada TSSB dengan menghubungi TSSB melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 5 di bawah.

 

 

3. Kegagalan Memberikan Data Peribadi

 

Ia adalah secara sukarela bagi kamu untuk membekalkan Data Peribadi kamu kepada TSSB. Tetapi, jika kamu tidak ingin berikan Data Peribadi kamu atau Data Peribadi yang berikan tidak mencukupi, TSSB mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan yang kamu perlukan atau berkomunikasi dengan kamu. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa TSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang akibat yang timbul dari ketidak-bekalan Data Peribadi anda.

 

4. Pendedahan Data Peribadi

 

Data Peribadi kamu yang diberikan kepada TSSB atau dikumpul oleh TSSB akan disimpan sulit oleh TSSB. Akan tetapi, ia mungkin perlu bagi TSSB untuk menggunakan pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak TSSB, termasuk tetapi tidak terhad kepada, seperti yang dinyatakan di bawah:-

 

  • pembekal perkhidmatan bagi kemasukan data (data entry);
  • syarikat yang membekal kemudahan penyimpanan (storage facility);
  • bank dan institusi kewangan; 
  • penasihat luar dan penasihat profesional yang lain, seperti juruaudit;
  • syarikat insuran; 
  • pembekal perkhidmatan bagi maklumat teknologi (information technology);
  • badan-badan berkanun, badan-badan pengawalaturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan
  • sebarang pihak yang perlu untuk diberi pendedahan di bawah undang-undang; dan
  • mana-mana pihak lain sebagaimana TSSB fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 3 di atas.

 

TSSB boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan pelayan yang berada di luar Malaysia dan Data Peribadi anda boleh dipindahkan, disimpan, diguna dan diproses di dalam bidang kuasa yang lain daripada Malaysia. Anda dengan ini memahami dan memberi kebenaran untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia.

 

Kami berhak untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan penguatkuasaan undang-undang, penyiasat persendirian dan/atau pihak ketiga yang cedera dalam penyiasatan sebarang jenayah yang disyaki atau salah laku sivil. Selanjutnya, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan polisi yang berkenaan, kami boleh mendedahkan identiti, maklumat hubungan dan/atau maklumat anda berkaitan dengan akaun, transaksi atau aktiviti anda yang dijalankan di atau melalui Laman, jika diminta oleh kerajaan atau badan penguatkuasaan undang-undang atau pihak ketiga yang cedera, atau sebagai akibat dari sepina atau tindakan undang-undang lain. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan atau hasil yang timbul daripada penzahiran tersebut dan anda bersetuju untuk tidak membawa apa-apa tindakan atau tuntutan terhadap kami untuk pendedahan tersebut.

 

5. Permintaan Untuk Akses Dan Pertanyaan

 

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi kamu (tertakluk kepada sebarang bayaran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi kamu oleh TSSB, yang mana berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang Malaysia. Jika kamu ingin berbuat demikian, sila hubungi:

 

S Narayana 

Director

Tangerine Star Sdn. Bhd.

Suite 54 EV-LG-K02, Evolve Concept Mall,

Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara,

47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

hello@forpetssol.com

 

Anda juga boleh menghubungi TSSB melalui butir-butir hubungan di atas jika kamu mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi kamu yang diberikan kepada TSSB.

 

  • Sila ambil perhatian bahawa TSSB mempunyai hak untuk menolak permintaan kamu untuk mendapat akses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi kamu, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

 

  • Sekiranya terdapat apa-apa perubahan di dalam Data Peribadi anda, anda dikehendaki untuk menghubungi dan memaklumkan TSSB dengan secepat mungkin. 

 

 

6. Perkara Am

 

  • TSSB berhak untuk meminda atau mengubahsuai Notis ini dari semasa ke semasa.

 

  • Notis Perlindungan Data Peribadi ini diisu dalam dua bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

 

Last reviewed on 16th December 2021

 Copyright © 2017-2021 Forloner Pets Solutions. 

All rights reserved by Tangerine Star Sdn. Bhd.